IKLAN DISINI

Thanks kepada semua yang click iklan ini. Semalam, (4-12-2009) aku dah dapat 2nd payment. RM105.02. bayaran untuk 15/11 - 30/11 (2 Minggu). Thanks. Jom click lagi.. dapat wang,nuffnang
Posted by hBz on 5:30 AM

Tatkala azan Subuh berkumandang, semestinya ramai yang masih bergantayangan atau hibernasi [baca : tido]. "Marilah kita solat"."Marilah kita menuju kejayaan". Sucinya Islam, di pagi hari lagi telah menyeru kita supaya menuju kajayaan. Akan tetapi, masih ramai yang tidak mensyukuri setiap pamberianNya. Tamak, "seperti anjing dengan bayang-bayangnya." Mempunyai hasad dengki terhadap rezeki orang lain, dan pelbagai lagi tingkah laku setiap insan setiap hari yang telah mencorakkan duniawi ini.

Tanpa akal, keyakinan, dan usaha, maka mustahil seseorang itu akan berjaya pada harinya. Hidup berani untuk gagal adalah satu cahaya bagi seseorang itu  untuk memiliki kejayaannya sendiri. Percaya lah, setiap apa yang kita lakukan, tanpa kita sedar, kita banyak menyentuh perasaan orang lain. Dipandang oleh beribu insan. Jangan kita ungkapkan perkataan, "kubur aku dan kubur kau berbeza, jangan kau nak menegur ku." Tidak. Terima lah nasihat itu kerana kejayaan hidup kita bermula dari kegagalan.

Setiap hari kita dibangunkan dengan ayat-ayat positif. kenapa kita tidak mahu mencari kejayaan itu? Kejayaan setiap orang berbeza. bukannya semua akan menjadi perdana menteri, baru digelar berjaya. tidak semestinya anda keluar dari rumah, anda mampu membawa pulang wang tunai RM1Juta baru di takrifkan anda berjaya. Yang penting, kita hanya mencuba sesuatu supaya kita mampu mengubah diri kita lebih baik dari saat sebelumnya. Walaupun kita sudah mencuba berkali-kali, jangan mengalah jika kita yakin, itu dijalan yang benar. Teruskan walaupun kita pernah gagal dengan cara itu. Ingat, "Hidup mestilah berani untuk gagal" supaya kita dapat memperbaiki kesilapan kita. Barulah kita mampu mencari kejayaan sebenar.

Berani kerana benar. Ungkapan yang sering kita dengar. Akan tetapi, adakah ungkapan ini sesuai pada semua tempat? Berani mengejar peragut walaupun tahu nyawa kita terancam. Adakah ini berani kerana bernar? atau menegur blogger baru [baca : newbie], dengan mengelarkan mereka dengan kata-kata yang tidak sedap kita dengar. Dan mengaku diri itu 'otai blogger' kerana telah lama dan menerima hit tinggi setiap hari. Adakah teguran seperti otai ini boleh dianggap berani kerana benar? bincangkan. Pada pandangan aku insan yang biasa ini, bagi aku, newbie ini boleh dikatakan hidup berani untuk gagal dalam percubaannya itu. Sesuai? - (adakah aku berani mati kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada otai itu? Yeah. berani kerana benar!pasti kejayaan di depan.)

Berani mati. Apakah ayat yang seangkatan lain? mati katak? hati kering? hidup berani dan gagal? Ungkapan yang sering dilaungkan para rempit dan kaum sejagat yang perlu kita hapuskan. Kerana mereka, kerana penagih dadah yang hidup berani dalam gagal ni lah yang telah mewujudkan banyak kes ragus. "selagi wujudnya penagih ini, kes ragut tidak akan dapat di berhentikan"-Musa Hassan. Bagaimana kita mahu hentikan jika setiap hari dianggarkan 5 penagih baru dilahirkan.

Berani kerana kekasih? adakah boleh kita golongkan ungkapan ini dalam hidup berani untuk gagal? Bagi aku, tidak semua percintaan muda yang berjaya. Pasti ada setiap darah muda ini, titik hitam mengenangkan keksaih lama. Jangan pandang pada gagal itu. teruskan hidaup kita dengan keberanian yang ada. 'Ya. aku berani untuk datang berjumpa kekasih aku untuk menghiburkan hatinya. Walaupun aku gagal menggembirakan hatinya sebelum ini.' adakah ini dianggap kejayaan? kerana dia menerima ku dengan hati yang terbuka. Renungkan.

'Sayang ibu tiada taranya.' hiduplah anda dengan berani untuk menghadapi kegagalan. kerana jasa ibu yang telah melahirkan kita, mari kita renungkan hidup kita sejak kita dilahirkan. Supaya kita boleh perbaiki setiap kegagalan yang kita hadapi untuk kejayaan.

Aku tahu contest 'Hidup Berani Untuk Gagal" dari x-po. Thanks beb.
Hadiah bernilai lebih RM3750 disediakan untuk contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Ditaja oleh DSGClicks, Berani Gagal Networks, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall, dan Saudacare.

Jom Join. Click denaihati. dan sini.


ps : jom ramai2 join. dah join, link kan hbz ya.

Posted by hBz on 6:14 AM

Pernah tak korang tanya pada ibu korang, "mama, mase mama lahirkan abang/kakak/adik dulu, seronok tak? sakit tak? susah tak?"
Ada tak tanya ayah pulak, "masa mama nak lahirkan abang/kakak/adik dulu, ayah ada tak disisi mama? ayah gembira tak? ayah menangis ke? ke ayah tengah kerja?" kalau tak pernah, call diorang sekarang, tanya.ok. Mak gua bukan main gembira lagi bila dia lahirkan gua dulu. sebab gua cakap, 'salam, good morning mama. thanks sebab lahirkan gua'. terkejut juga mak gua time tu, tapi memandangkan gua comel, mama gua tenang je.

Kepada ibu-ibu yang sedang gembira tengah mengandung, tabahkan hati anda hingga saat-saat yang ditunggukan. Lama kan 9 bulan tu. Banyak-banyak la minum susu supaya anak tu comel macam gua. Gua bukan nak cakap serba tahu la. tapi apa salahnya kalau gua nak story sikit tentang  apa yang gua fikirkan ni. Dari apa yang gua tengok, 9 bulan perjalanan untuk melahirka seorang insan yang bernyawa tu, agak tekanan, cabaran dan dugaan kan? Nak bawa perut yang memboyot kesana sini, nak memasak, mandi, kerja, tido. semuanya kerja yang rutin tu akan menjadi sedikit rumit. betul ke? pada gua, time ni la saat paling manja bagi pasangan suami isteri. "abang, sayang nak makan unta panggang la. abang cari yea.." nah,, ambik kau daging lembu tua panggang. sama je rasa. liat nak mampus..haha..

Bila dah around 8 bulan, uh.. time-time macamni, harap sangat sang suami sentiasa berada disisi si isteri. sebab, time macamni, cuma nak tunggu time je berlepas. Kang, macam abang gua, kat tol juga mak aku nak bersalin. nasib bapak gua berjiwa insan, tak nak anaknya dilahirkan dalam kereta.sempat juga la sampai hospital. Actually, gua baru tengok video seorang ibu nak melahirkan anaknya. perhh..tak tawu la gua nak cakap ape. kalau sekarang, mungkin gua cakap gua taknak. sebab sayang bini beb. gua yang tengok pun rasa sakit. mane taknye, nak keluarkan bayi ikut lubang faraj tu. kalau bayi tu besar guli takpe, gua pun boleh setelkan. takyah nak suruh doktor laki yang main pegang-pegang, tengok-tengok kemaluan bini gua.haiz..positif, positif. fikir-fikir balik, gua pun nak jadi doktor sakit puan la..huu..Ok, sambung balik, video yang gua tengok tu, ibu mat salleh. adehh..berapa jam entah duduk atas katil tu tahan sakit. lama-lama, baru betul-betul bayi tu nak keluar. mungkin bayi tu tangah seronok kot kat dalam tu sebelum tu. first sekali keluar kepala dulu. bayangkan.. cuba pegang kepala korang, besar tak besar. hah.. bukan main susah. sampai pembantu doktor tu terpaksa potong sikit ruang pada kemaluan perempuan tu dengan gunting. time tu, darah bukan main banyak keluar la. sikit demi sedikit keluar. sampai la ke hujung kaki. tak sampai hati gua tengok time tu. kalau sekarang, terus terang gua cakap, gua tak sanggup nak buat bini gua macam tu. tapi, tugas suami yang wajib memberi nafkah batin, tetap akan gua laksanakan demi menyambung zuriat gua yang comel neh.

Bila dah besar, korang ni ada menyusahkan orang tua tak? ada buat orang tua tu sedih? bergaduh sampai lari rumah. kalau ada. renung-renungkan lah. Tak susah pun nak dengar cakap orang tua. Gua selalu nasihat adik dua. baru umur 16 tahun. memang zaman macamni la banyak cabaran dan dugaan. Tapi, kalau lu dengar je cakap orang tua. senang la hidup lu. Bila lu dah besar, baru lu akan sedar semia ni. Sekarang memang lu rasa diorang kongkong lu. tak bagi buat macam-macam. Tak boleh rambut panjang la ape. tu semua nak disiplin kan lu. tu je. kalau lu disiplin, senang hati orang tua sebab diorang tahu lu boleh jaga diri.

Tapi tak semua boleh diterima pakai. macam isu sekarang, dari dulu lagi sebenarnya. Kes "haruan makan ank". Ini ape kes beb? ayh sanggup rogol, cabul kehormatan anak gadis sendiri. tak kisah la anak sendiri atau anak tiri. Gua tak paham la. Sampai ade kes yang anak baru umur 7 tahun. mude lagi beb. kalau masuk pensel pun jerit. Ini pulak si jantan ni pg sumbat batang konek diorang yang berulat tu. adeh.. kalau gua jadi polis, gua hentam cukup-cukup kalau dah kantoi tu. Setakat sebatan dengan penjara tu tak berbaloi. patut potong je terus. Apa, tak cukup ke bini korang tu? kalau tak puas, kahwin la baru. islam benarkan sampai 4. pg kahwin dengan budak lepas SP<. begetah ;agi beb. jangan pulak ko nak cari bohsia ke suruh vacuum konek tu.

Gua tak paham betul isu ni. tapi kalau dah kena control dengan nafsu, memang semua bende dalam luar jangkaan. lagi2 kalau dah mabuk. So, hati2 la. fikir balik, betapa susahnya ibu nak melahirkan seorang zuriat. Jaga la elok2. And, yang anak-anak ni pun, jangan la buat yang bukan-bukan sam,pai menyusahkan hati orang tua. chow~

ps : gau nak cuci tangan. sini ada paip air tak? member2 seangkatan dah cuci, siap terjun waterfall lagi. sebab kotor sangat..jom parti buih, cuci satu badan..

PLEASE CLICK HERE. GIVE RM0.30 PER CLICK!!!

Recent Posts

Search